cinta hati dinda

bleh berkenalan??

Wednesday 15 October 2014

shopping online di colours cosmetics



 Salam...

Kalau dah namanya perempuan,memang tak dapat dipisahkan dari shopping and makeup.Before this jujue agak obsess dengan tudung.Kalau dah kat depan tempat keje tu sogo,kat tepi jalan tar,jiran sket masjid jamek…ko rasa??Memang bleh jalan-jalan shopping tudung sampai pengsan kat belakang ni aje.asal hari sabtu je,jln tarlah tempat aku hilangkan stress.kekadang ngn kawan,tapi selalunya sorang2.Tapi sekarang,jujue kan dah tender.so....here i am.Pasir mas...Memang susah sketlah kalau nak shopping ke apa.Asyik2 KB Mall tak pun tesco jelah.Jadi,as a solution..jujue shopping online jelah...

antara kedai yang korang bleh singgah kat alam maya ni


Kalau dekat colourscosmetics ni banyak produk dari jenama NYX,Jordana,Milani,NARS.Tak banyak sangatlah..tapi cukup untuk buat korang rambang mata. 
2.http://my.bestbuy-world.com/



Hah..kat sini lagi banyak gila.ni kira macam korang dah tawaf sogo,pavilion plus mid valley..macam-macam brand ada,yang pasti kebanyakan high end punya brand.Etude House,Mac,Estee Lauder,CD,Bobby Brown,Elizabeth Arden..and many more.u name it!!yg penting duit ada..sampailah abg pos laju depan tangga.
 

 **MY WISHLIST **

§      NYX LIP MATTE CREAM
Rasanya dah bersepah  blog yang buat review pasal lip cream ni,jadi tak perlulah aku nak ulang lagi.Yang pasti lip cream ni bukan lipstick,bukan lipgloss.texture dia lain sket,lebih kepada matte finishing..jujue dah decide konon2 nak beli yang Istanbul dengan morocco.Rasanya banyak kaler yang cantik,tapi xkan jujue nak beli semua kan?bankraplah..nak beli ni,kena gi cari kat sepora lah.kalau korang tak dok area kl,bleh beli online kat colorcosmeticsmalaysia.Yang ini di jamin original.Walaupun nyx ni boleh dikatakan drug store punya produk,tapi dari testimoni yang dah pakai,memang bagus.Harga pun masih mampu milik rm27 aje.



§      BRONZER
Wow…macam tak percaya aku beria nak makeup,sampai nak kena beli bronzer bagai!haruslah..seiring dengan peningkatan usia daku yang semakin muda ni.hikhik!Entahlah,ini semua pengaruh rakan sebaya agaknya.Bila tengok kawan2  pakai cantik,mestilah kita nak cuba.
Aku dah cuba cari kat watsons,guardian,tapi takde pun!cari kat elianto pun xde..=(.haih..xkan nak gi cari kat kaunter mac ke boby brown?thanks to nyx again,sbb ada nyx matte bronzer yang harganya rm40,so still affordable.Pemakaian bronzer ni boleh dikatakan untuk shading and contouring muka kita.Dahlah muka bulat macam telur rebus,lps tu pakai foundation putih jelepuk macam opera cina.sungguh tak sesuai.kalau ada bronzer,at least boleh  seimbangkan  dengan warna kulit kita.nampaklah natural sket..and then berbentuklah sket muka dengan hidung tu.



klah....korang servey2 ape yang patut...n hepi shopping!

HERO-WIRA TAK DIDENDANG


HERO-WIRA TAK DI DENDANG


Salam to all divas and jelita semua..


Akhirnya keluar jugak buah tangan ke 4 dari melur jelita!Memang tertunggu-tunggu karya dari kak melur.I got all her novels,dari  AWAK SUKA SAYA TAK(ASST),I LOVE YOU STUPID(ILUS),dan akhir sekali MY PRICIOUS IRIS (MPI).Jujue pasti semua divas terus berbaris di kaunter buku untuk grab novel ni.Memang penangan melur jelita betul-betul buat peminatnya angau,termasuklah diriku ini!Last month HERO di lancarkan di perpustakaan negara.Di lancarkan 9.9 kalau tak silap.Tapi,we all semua dah dkt 2 bulan dok bergebang  pasal hero dekat wall facebook kak melur.Manakan boleh sabar kalau selang dua tiga hari,ada sahaja bab baru yang di upload oleh kak melur di penulisan2u.semakin excited dan semakin tak sabar nak baca naskah gedabak besar dari beliau.Jujue pulak memang jenis golojoh sket,so awal2 lagi dah cop dgn kak zurina,untuk order online.Jadi awal bulan 9 lagi hero dah dalam dakapan jujue.suka sangat!!




Jangan terkejut pulak bila heronya di panggil deraman!!heroinnya pulak namanya Maryam!wow….mungkin agak kecewa bagi yang mengharapkan nama hero bermula dengan tengku,putra,rayyan,daniel atau nama-nama glamer seumpanya.haha..sket punya klasik.

Ceritanya berkisahkan kekeluargaan,berlatar belakangkan masyarakat Kelantan dan kedah.

Irvan atau deraman dilahirkan 5 bersaudara,dan dia anak yang tengah.dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh babah dan chik.manakala Maryam aka black swan aka tengku Maryam keumalahayani  pula merupakan sepupu mereka.si yatim gagap yang kehilangan ibu dari kecil.dunianya hanya bak dan ibu saudaranya yang di panggil bunda.Perawan yang di pingit rapi oleh 2 inang dan 5 panglima,itulah Maryam.hakhak..melankolik sangat ayat jujue.sabar jelah…sepasang sepupu yang sering di ingatkan hubungan mereka adalah seperti abang dan adik.Namun,bagi irvan pastinya tidak.Perasaannya terhadap Maryam lebih dari itu.

Pada awal cerita,memang agak mendatar..tapi masih mampu menarik minat aku untuk terus membaca.adegan usik mengusik antara deraman dan Maryam,black swan sombong yang menonggek pergi,lembu naik bukit,kesot hati..dan penggunaan bahasa kelantan tanpa sempadan betul2 buat jujue rasa nak tergolek jatuh katil..gaponamoghima???ada erti ke apa tu?nasib baik kak melur tak letak what da name of tiger…pening lah kepala divas pantai barat.simpati pada Maryam yang sering merendah diri disebabkan dirinya yang gagap, dan tidak mempunyai ibu.anak gadis yang pendiam dan hanya tahu mengikut apa yang telah di tetapkan bak dan bunda.

Paling menyayat hati bila keluarga irvan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.abang long,abang ngah,teh,usu,babah dan chik semuanya telah kembali kepad-Nya.Rumah yang selama ini ceria,gegak gempita akhirnya kosong.lalu irvan membawa diri keluar negara meninggalkan si gadis.Bab ni memang jujue mengaku,bengkak bengkil mata aku menangis.sampai tersedu-sedu.Goshhh…memang aku over.sedih okey!

Maryam pula dibawa pulang ke kedah oleh bak dan bunda.kembali keseorangan,kekosongan,dan kerinduan.Cinta yang tidak terluah,akhirnya menyebabkan maryam terlantar sakit,sehinggakan bunda telah memangil orang untuk memberinya air penawar,penghilang rindu.mengembalikan semangatnya!Maryam anak gadis yang bijak dan bercita-cita tinggi.Tapi baknya terlalu mengongkong,sehinggakan niat Mariam untuk melanjutkan pelajaran terhalang.Dunianya hanya di rumah!Alasannya tiada siapa akan menjaga jika Maryam terkena serangan asmanya.

Tahun berganti tahun akhirnya irvan pulang.Si gadis pula tidak lagi seperti dahulu,sudah mampu bergerak sendiri walau tak sebebas mana.walaupun tak berpelajaran tinggi,tapi tetap berilmu.Mengusahakan perusahaan bedak sejuk,dan ternakan lebahnya sendiri.Irvan daripada seorang pelajar zoologist,tetiba jadi hero pulak.siap sangka deraman yang nakal tiba-tiba menjadi komando polis,VAT 69.Kak melur memang terlalu cintakan dunia kepolisan.Bagaimana terperincinya tugas firman ebrahim sebagai polis traffic  dalam ILUS begitulah jugak tugas irvan dalam cerita HERO ni.Suddently I was in love with PDRM walaupun sudah 7 tahun jujue jatuh cinta dengan anggotanya.oppss!!hehe

Panjang sangat ceritanya..so klu korang kena beli sendiri..baca sendiri.then you know..mcm mana.tapi banyak lagi persoalan yang tak terjawab.harapnya ada lagi sambungan hero..

Bye2..

 

Wednesday 8 October 2014

sendayu tinggi doll skin foundation


DOLL  SKIN FOUNDATION  SENDAYU TINGGI


Salam...

Kali ni jujue nak review pasal produk sendayu tinggi , DOLL  SKIN FOUNDATION  SENDAYU TINGGI.
Sebenarnya,cik jue pun baru je beli foundation ni.gara2 terpengaruh dengan entry yuyu zulaikha.Dah lama dok usha dekat watson,tapi hati masih berbelah bahagi,sebab foundation mouse matte maybelline tu ada lagi.Tapi mmg dah jadi tabiat kot,selagi tak dapat,selagi tu x puas hati.mestilah gigih untuk mencapai impian..nak jgk muka mcm doll!!!

Akhirnya.......nekad beli jgk last week.dalam hati. “apa salahnya kita cuba..kot2 lps ni nampak kulit melepak ,flawless macam emma maembong..goshh..how i wish!!”



ihsan google-->pic from tab xleh nk upload.huhhu

Doll skin ni ada 3 jenis

1.very cute-cerah
2.So sweet-medium
3.Too preety-gelap

I choose too preety.oomy...paling gelap!!

Geram pun ada dgn watson ni..letak tester dah cantik dah,masalahnya dia pegi gam tapak yang bawah dah kenapa..berialah kita dok calit,bila angkat bekas nak tau jns apa,melekat plak!lama termenung kat rak,gimana kekdahnya ni?
Aku gi tanya akak kaunter,dia pun x pasti.Tapi dia bukakkan sume bagi aku pilih.Masa tgk,aku rasa too preety ni yang cerah.tp bila surf balik,salah!too cute yg cerah..GERAM!
Tapi bila pakai,i think ths suite me well..xlah nmpak gelap pun...

“Hello......Melepak sangat ke kau jujue?????”
“Haruslah....”-perasaan......

Mcm yuyu cakaplah,rasa ringan je kat muka..dah pakai sampai petang pun masih ok lagi..takdelah nak bajet lawa sangat,tapi at least still nampak muka yg kemaslah.takdelah berlengas,bercapuk..Lagipun aku bkn yg jenis 2 jam sekali nak sapu bedak..paling tdk pun time zohor ngn asar,kalau rajinlah..oklah kot.kdg2 pelik jgk bila tgok akak2 yg blk keje kul 6 naik lrt,tp apply make up macam baru kuar umah...lipstik,eye shadow lengkap!nak blik umah je kot...
Ermmmm mybe ada date agaknya....#jgn nk dengki sngat dengan orang ye,dah kau selekeh,sape suruh!

Lupa harga RM38 hinggit....bye