cinta hati dinda

bleh berkenalan??

Wednesday 26 October 2011

Pink campaign

Assalamualaikum....

Dah seminggu blog aku ni terbiar...kemalasan menjadi-jadi..huhuhuhu..tp takpe,hari ni mood dah dtg blik..yeay!!!

Tengahari tadi pegi HUKM melawat makcik aku....dh dkt seminggu dah dia kat sana..for what reason??

breast cancer!!

Kanser yang kerap dikesan di kalangan wanita..

Sblum ni dia dh penah wat kimoterapi...tp tk okey jgk.Mungkin sbb kanser tu dh merebak,jadi kena operate utk buang sblh dr breast...

Makcik aku operate hari jumaat lagi..tp still kena thn kat ward la skrg..dia ckp,lama jugk operate tu..dkt 6 jam jgklah..

Dekat ngn katil dia..ada lah 3 org lagi...sakit yang sama jugak..

Seram lah pulak aku..bab2 penyakit ni memang aku kecut perut nak pikir.dahlah aku ni,sakit mcm mana pun..memang mls nk g hospital..tak taulah nape..nak kata takut jarum ke..takut ubat ke..tak jugak.Bagilah ubat ape..aku telan je.Aku tak suka doc kot..rasa tak selesa bila org check2 kita..isshhh...rimas!!

So,entry kali ni..juz nak share pasal breast cancer...



                  Kempen kesedaran barah payudara....



Tanda2 awal atau amaran utk kanser payudara..

Kalau korang ada mengalami keadaan2 mcm ni,cepat-cepat pegi jumpa doktor..

  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam

Macamana nak tengok@kesan perubahan yg berlaku?

Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.

  • Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.


Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?
  • Mulakan PSP hari ini.
  • Buat PSP secara berkala
  • Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
  • Lakukan senaman yang mencukupi
  • Kekalkan berat badan yang unggul.
  • Sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal.
Aku harap entry kali ni..buat korang terfikir untuk wat ujian awl.pemeriksaan sendiri payudara(PSP)..

untuk maklumat lebih lanjut...camana cara-cara yang betul untuk wat PSP ni..

boleh tgok kt web kementerian kesihatan...link kt bwh ni..ok

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/KanserPayudara.php


Sama2 kita jalani kehidupan yang lebih sihat..!!!!





No comments:

Post a Comment

thanks for your comment dear