cinta hati dinda

bleh berkenalan??

Saturday 29 October 2011

Hasil kerja tangan saat kebosanan!!!






Time kacih.....sebab hilangkan kebosanan aku....pen dan kertas...


Friday 28 October 2011

Kenali diri melalui Tarikh lahir

Hai...

Kali ni,cik jue nk share sket pasal kenali diri melalui tarikh lahir....

Menda ni cik jue dpt masa training utk jd ajen insurance bg sebuah bank dulu...tapi attend je training tu..pastu niat nk jadi ajen insurance tu terus terkubur tak bernisan!huhuhu...teruk betullah aku ni..tak istiqamah langsung..ok tkpe,lupakan aje psl tu,ni nk cite psl no akar..or main number bg diri setiap org..

No ni kita dpt melalui pengiraan besday kite...

meh cni aku ajar cmana nk kira..

cthnya...besday bertarikh... 17.11.1986



Cara kira dia mcm ni sbnrnya..

1+7 = 8  pastu 1+1 = 2   

1+ 9 = 10 . tapi klu yg jumlah yg di tambah dpt jwpn 10 ke atas, korang kena tmbh kn 1..means dpt 11,jadi dlm kotak tu ltkkan no 1.

8 + 6 = 14,so tmbh kan 1..dpt 15 kan.dlm kotak ltkkan no 5

1+ 5 = 6

last sekali  1 + 6 = 7 !!!!


Unsur bagi setiap nombor






Mengikut urutan dlm cycle ni...motivator yang terangkan kt kitaorg masa tu ckp....

unsur yang ada kt belakang kita dalam urutan ni...akan mengikut,dan menyokong kita..dlm ape yg kita buat.Misalnya,kalau aku unsur air...so org yg unsur besi akan sokong aku.Jadi lebih senang untuk kita berurusan,atau beri arahan kat dia...So,kalau nk dpt laki yg dgr ckp kita..pastikan dia unsur yg ada kt blkg unsur kita..hahahaha...


Ok,aku beri conth ehh...

misal kata..org yg unsur kayu,nak deal or berbincang dengan unsur tanah...so,dia kena bawa sekali kawan yg berunsur besi.Sebab org yg unsur tanah lebih mudah berbincang dgn unsur besi...dia akan mudah ikut dan bersetuju...




Ciri2 bagi setiap no....


aku tak taulah betul ke tidak...so,korang nilai sndiri..sama tak dgn diri korang..tapi kalau sama pun,aku tak taulah nk percaya ke...juz secara kebetulan..

1 (BESI)
pemimpin
banyak daya tarikan
bijak,kreatif,peka
suka perhatikan org/menilai org
banyak idea
suka di puji depan org ramai
keras kepala,nak menang aje
positif,boleh motivate org lain
buat sesuatu sampai berjaya


2 (AIR)
Jujur
personaliti yang menarik
mudah konpius
senang kena tipu
mudah kesian kt org lain
pendengar yg setia
bagus di buat kawan
mudah tertekan and frust
sensitif
tak suka bergaduh
susah nk wat keputusan


3 (API)
Mengawal@kaki control
Aktif dan mudah di kenali..kt mana pun dia pegi
pemecah kesunyian
panas baran
wat kerja cepat,tapi tk sempurna
bersemangat,tp hangat2 taik ayam
mudah bosan dengan 1 perkara
ego tinggi
suka mengkritik
kurang disiplin


4 (KAYU)
bijak
setia dengan kerja
tak putus asa
keras kepala
kemahiran teknikal yang bagus
suka merancang,tapi tk laksana
susah nk simpan duit
berhati-hati dlm mengambil risiko
mudah bersangka buruk


5 (TANAH)
Suka cari peluang,peluang berjaya tinggi
rajin bekerja
boleh memimpin
Nafsu,keinginan tinggi
boros belanja
high taste
fikir jauh,berani amik risiko
bisnes minded
pandai yakinkan org
duit mudah kuar masuk
cemburu,suka moody,naik angin
sexy


6 (BESI)
Berdikari
high taste
pendamai,menawan,bijak
tak pentingkan diri
baik hati
tinggi sifat kemanusiaan
sifat kekeluargaan
mudah blur


7 (AIR)
Pemikiran cukup hebat
nak menang aje
suka berfalsafah
suka menda2 pelik
mudah tau sesuatu melalui mimpi
berkebolehan memutar belit kata2
pendendam,jgn wat dia mrh
berkira,cerewet
pompuan no 1&6 elok cr suami no 7
penuh ghairah,dan cinta
manja


8 (API)
Materialistik
berbakat dlm pengurusan
pendesak/bertanggung jawab
mudah tensen
boleh di percayai
luar aje garang
tak suka org halang dia
suka kuasa dan status
senang nk pinjam duit ngn dia
rumah dia kemas
bercita-cita tinggi
suka pertahankan kawan


9 (KAYU)
berwawasan/bijak
mudah bergaul
mudah dapat kawan
kemas bergaya
pelakon yang handal
pandai menangi hati org tua
suka berkongsi
sensitif/emo sket
romantis
banyak peluang yg datang
mudah ghairah
tapi klu jd pemimpin..jenis yg tak amik berat hal org bwh
tapi ada masalah dlm perkahwinan




Warna


Setiap unsur ada warna2 yang boleh mempengaruhi penampilan dia..

Warna kekuatan..maksudnya,bila korang pakai kaler yg sesuai dengan unsur korang...that will make u look more outstanding..lebih menarik..n apa lagi eh..nampak hebat!!jadi..kalau keluar rumah..pakai lah warna yang boleh membuatkan kita nampak lebih menyerlah..kalau time pegi interview..pakai kaler kekuatan korang..mana tau kan,auranya boleh membantu...

Warna menyokong/energy...yang ni aku tak pasti sangat..tk berapa nk phm masa dia terangkan.walaupun tak sehebat warna kekuatan,tp..kaler2 ni kita still boleh pakai lagi lh..


Warna mengawal diri...kaler ni memang tak sesuai untuk di pakai.sebab auranya mengekang,atau mengawal kita...drp menjadi diri kita yg sbnr..sng cite..it becomes a barrier for us to look outstanding...kita akan rasa tak selesa..tak berkeyakinan...lebih kurang macam tulah..jgn pakai kaler2 yang mengawal diri bila keluar rumah,OK!!!...

Api
Warna kekuatan -Emas, perak,putih,kelabu
Warna menyokong - Hijau
Warna mengawal diri - Biru, hitam


Tanah
Warna kekuatan-Biru,hitam
Warna menyokong - Merah,ungu,oren
Warna mengawal diri - Hijau


Besi
Warna kekuatan-Hijau
Warna menyokong -Coklat,cream,kuning
Warna mengawal diri -Merah,ungu,oren


Kayu
Warna kekuatan-Coklat,kuning,cream
Warna menyokong -Biru,hitam
Warna mengawal diri -Emas,putih,perak,kelabu


Air
Warna kekuatan-Merah,ungu,oren
Warna menyokong -Emas,putih,kelabu,perak
Warna mengawal diri -Coklat,kuning,cream




Menda2 ni aku belajar sepanjang 2 hari aku follow program motivasi...So,betul atau tak...wallahualam..tak taulah..rahsia tuhan,rahsia alam ni banyak sebenarnya...mungkin ini salah satu ilmu yg kita tak tahu...yg memang tak di ajar kt sekolah..nak tau ok ke tak..cubalah try test!!!!



















     

Wednesday 26 October 2011

Novel yang terbaru aku baca....M.A.I.D & Aku bukan mistress


M.A.I.D

SEMENANJUNG: RM 26.00 AHLI KN: RM 22.00
SABAH/SARAWAK: RM 29.00 AHLI KN: RM 25.00


Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak.
Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?
Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


Memang best cite dia..boleh layan...bagi 5 star lah...

   *****

Aku Bukan Mistress - Novel Terkini

AKU BUKAN MISTRESS

SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI KN : RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00



Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?


Cite ni pun best jgk..tp agak serius..& tak kelakar..so...bagi 4 star ajelah...

****



Pink campaign

Assalamualaikum....

Dah seminggu blog aku ni terbiar...kemalasan menjadi-jadi..huhuhuhu..tp takpe,hari ni mood dah dtg blik..yeay!!!

Tengahari tadi pegi HUKM melawat makcik aku....dh dkt seminggu dah dia kat sana..for what reason??

breast cancer!!

Kanser yang kerap dikesan di kalangan wanita..

Sblum ni dia dh penah wat kimoterapi...tp tk okey jgk.Mungkin sbb kanser tu dh merebak,jadi kena operate utk buang sblh dr breast...

Makcik aku operate hari jumaat lagi..tp still kena thn kat ward la skrg..dia ckp,lama jugk operate tu..dkt 6 jam jgklah..

Dekat ngn katil dia..ada lah 3 org lagi...sakit yang sama jugak..

Seram lah pulak aku..bab2 penyakit ni memang aku kecut perut nak pikir.dahlah aku ni,sakit mcm mana pun..memang mls nk g hospital..tak taulah nape..nak kata takut jarum ke..takut ubat ke..tak jugak.Bagilah ubat ape..aku telan je.Aku tak suka doc kot..rasa tak selesa bila org check2 kita..isshhh...rimas!!

So,entry kali ni..juz nak share pasal breast cancer...



                  Kempen kesedaran barah payudara....



Tanda2 awal atau amaran utk kanser payudara..

Kalau korang ada mengalami keadaan2 mcm ni,cepat-cepat pegi jumpa doktor..

  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam

Macamana nak tengok@kesan perubahan yg berlaku?

Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.

  • Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.


Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?
  • Mulakan PSP hari ini.
  • Buat PSP secara berkala
  • Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
  • Lakukan senaman yang mencukupi
  • Kekalkan berat badan yang unggul.
  • Sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal.
Aku harap entry kali ni..buat korang terfikir untuk wat ujian awl.pemeriksaan sendiri payudara(PSP)..

untuk maklumat lebih lanjut...camana cara-cara yang betul untuk wat PSP ni..

boleh tgok kt web kementerian kesihatan...link kt bwh ni..ok

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/KanserPayudara.php


Sama2 kita jalani kehidupan yang lebih sihat..!!!!





Monday 17 October 2011

Renung-renungkan


Memikirkan kejadian yang telah berlalu adalah suatu kebodohan dan kegilaan.Ibaratnya,orang yang yang menumbuk tepung,yang menggergaji serbuk kayu atau seperti mengeluarkan mayat dari kubur.


Renung-renungkan...selamat beramal..= )

Jue.......,kau dah kenapa??ingat kau Dr.Izzi ke nak ckp mcm tu....

Errrkkk...ehh..biarlah..ada aku kesah?Dr.Izzi pun mesti tk marah punya owg tiru ayat dia tu..hehe (yakin jekk..)

Aku dah ngantuk tahap gaban sebenarnya..tp mcm nak tulis sesuatu untuk di kongsi dgn u all sume..

apa dia??

apa lagi...ayat yang kat atas tulah...tak nampak ke aku dh highlight tu!...yellow in karer lagi uuuuu.....tak nampak lagi,tak taulah...sah,kena pakai kontek lense spek...huhu

Takde mendalah nak ulas..aku rasa korang sume memang dah pandai2 dh..memg dengan secepat kilat otak korang dpt cerna apa yang ayat tu cuba sampaikan.

bagi aku.........think wisely..tak guna kita kesal dengan apa yang dah berlaku...let bygone be bygones...so apa yang dah berlalu kita jadikan pengajaran...pendorong..dan juga pembakar semangat untuk masa depan yang lebih baik...juz face all the obstacle...we are fighters!!gambate!!!!

sebelum tido...sama2 kita muhasabah diri..ingat balik apa yang dah kita buat hari ni...for a whole day...


  • Solat 5 waktu aku cukup ke hari ni??
  • apa kebaikan yang aku dah buat hari ni?
  • apa pencapaian baru ke yang boleh aku banggakan hari ni??
  • aku ada sakitkan hati sesiapa ke hari ni??
  • aku ada bahagiakan sesiapa tak hari ni??
  • Aku ada tolong sesiapa tak hari ni??
Ask ur self....find the answer...and...tdo dengan tenang...

Selamat malam..........

Saturday 15 October 2011

Bubur cha cha ala cik jue

Hari ni kita men masak2 plak.....masak bubur cha cha...

hehe...

sbnrnya aku tak reti pun masak bubur ni...kiranya ni first trial lah...tetiba je rasa nak makan...

so...jom kite ke dapur!!!!...meh..meh...dok cite dpn lap top aje..raye thun depan belum tentu jadi bubur cha cha aku ni...kui3...

Calon2 untuk di masak dan di campakkan ke dlm periuk adalahhhhhh..............


  • Satu plastik kecik tepung cha cha warna-warni (merah,hijau,putih)
  • Setengah cawan sagu
  • 1 biji labu yang juga kecik saiznya..
  • satu kotak santan segera yg kecik
  • 2 keping gula perang..


Cara2 nak masak....


  • Mula2...rebus dulu tepung cha cha tu..sampai dia kembang.pastu..toskan lah.letak tepi dulu..k.
  • kupas kulit labu,pastu wat potong dadu kecik2...senang sket nak telan =p
  • Step seterusnya....masukkan sekotak santan tadi ke dalam periuk...(masuk santan je ye..kotak tu buang!!).Labu yang yang di potong,dan di bersihkan tadi...masukkan sekali dlm periuk.
  • Panaskan api....agak2 dah lama sket..dan dh nk gelegak..masukkan sagu.
  • Last sekali masukkan tepung cha cha yang kita dh rebus awl2 tadi...kacau
  • SIAP!!!







JOM MAKAN!!!!!!!!!!!!

Friday 14 October 2011

Di tepi pantai nan Indah....

Di tepi pantai nan indah...ku duduk seorang diri...
suasana.......sepi.....!!!

chewahhhh..nyanyi2 plak..
ingat suara kau sedap sangat ke cik jah oiiiii
(cik jah ni sape plak??ada kaitan ke dlm cite ni??)cehhh...

Sape suka pegi pantai???caye!!!!
memang aku gile main air...ngalahkan budak kecik....
hehe...entry ni wat flash back balik ahh..masa g pantai masa balik kg hari tu..
hari tu..bila???nth....

korang tgok jelah aksi yg nth pape dari kaum kerabat aku ni..hahaha...



Warga emas sume ni...cam biasa lah...dtg pantai..dok termenung ajelah...takde maknanya la mak ngan mak cik2 aku ni nak terjun laut...abih tidak pun beli eskrim...ngap keropok ajelah kejenya!!!


                                                   

Tensen sebab tak dapat mandi laut!!!baju tak bawak...huhu..maklumlah tak rancang pun nak dtg pantai..kebetulan aje pegi umah pakngah kat bachok..so singgah lah..sebab dah dekat benar ngn umah dia..sekangkang kucing aje....

Haaa....yang kat atas ni..my dear kazen..alisa..ermm...mula2 sampai aje,makngah aku dah sound dah...
"Lisaaa....jgan nak main air sangat..basah baju tu..baju tak bawak!!basah baju tu..jgn balik umah!!"
kuang3...siap ugut lagi makngah aku..tapi ada si alisa ni heran???takdenya...ada aku kesah....
Mula2...takut....konon2 nak bermain di gigi air ajelah..baik punya sinsing suar jeans dia tu...
makin lama makin tinggi......

 

 My bro....jalan2 aje...nakmandi tk bleh..so..what to do??lyn lah budak2 sengal ni sume men air....budak2??sape tu..ha...tengok kat bwh ni..ada lagi upenya...


HaHH!!!!!!!!!ape punya pesen si emi ni??sesat adik aku ni...hahaha..ingat ko tengah wat show nyanyi lagi waka waka ehhh..ehhh.. ke kat tengah air tu???ke ko panggil ombak.....



Tau pun takut!!!lari plak bila ombak datang.....mekya dengan selamba rock dia aje main air ngan baju kurung...tak kesahlah...belasah aje...



Seee.........apa kesudahannya dengan si alisa ni....hampeh...main air tak ingat dunia dah...sampai baju pun dah bukak..alif jugak yang sopan...



Posing ala2 nak nyanyi lagu negaraku...........kihkih..




Feel lebih ahh...adik aku yang sowang ni...main baling2 batu lah plak...sblum balik...


Suasana pantai yang tenang waktu dinihari....dah pukul 6 lebih dah masa ni...tapi....mana sun set nya???ntah.....cik jue mana????ada je...wat2 cbuk snap pic...ke hulu ke hilir menyepak pasir sambil makan fish ball...kikikiki...



s.e.k.i.a.n

Wednesday 12 October 2011

Jadilah Orang Yang Bahagia...

Sebahagian orang seperti ikan buta,dia mengira bahawa dia berada dalam gelas kecil,padahal dia berada di lautan.Kita di ciptakan di alam keimanan yang begitu luas.Namun acap kali kita menyempitkan jiwa kita dengan segunung kebencian,ketakutan,permusuhan dan kesedihan.
  (Dr.'Aid Bin Abdullah Al-Qarni-Jadilah Orang Yang Paling Bahagia)  


Sape Dr.'Aid Bin Abdullah Al-Qarni ni ??Kalau korang nak tau..dia nilah...penulis buku LA TAHZAN..
alah...buku yang dlm bahasa melayu nya tu..jangan bersedih..aku da baca buku tu,tapi tak berminat sangatlah sebab bahasanya agak memeningkan.endon la katakan....Tapi skrg aku bukan nak cite pasal buku La tahzan tu..so,STOP!!

Ni salah satu buku dia jugak..566 Kata-kata hikamah -Jadilah orang yang paling bahagia.Aku suka baca buku ni sebab senang faham.kata-kata yang ada dalam buku ni betul2 memberikan semangat baru..memberikan keinsafan..serta membuat kita rasa hidup ni tidak seharusnya di sia-siakan.

Sudah acap kali dalam kehidupan aku ini...aku rasa tidak bermaya..aku rasa dah kalah..dah mengalah dengan kehidupan..Kenapa??Aku lupa bahawa semua tu hanya ujian kecil sahaja yang Allah berikan pada aku..kecil sahaja..itupun aku tidak mampu..aku meratap..aku bersedih..what wrong wit me?cengeng sangat!!

Bila aku kehilangan seorang insan yang sememangnya tiada galang gantinya lagi di dunia ini...aku menangis..dan menangis..dan menangis lagi..sampai aku rasa apa yang aku buat, dah tak bermakna lagi.aku hilang semangat nak belajar..rasa tak nak buat ape pun!!aku rasa pelik sangat.Insan yang aku sayang..yang aku bergantung hidup selama 22 tahun dah takde lagi bersama aku.Salahkah aku bersedih??Semuanya rasa kekok...mungkin sebab aku rapat dengan arwah..Aku tidak pernah salahkan takdir..masih lagi ada iman dlm diri..aku tahu semuanya sudah tersurat sejak di luh mahfuz lagi..Allah lebih sayangkan abah..aku redha...i have to move on...

Pelik rasanya bila bergelar anak yatim..aku tak tau kenapa hati aku sakit bila orang ckp kami adik beradik anak yatim..aku rasa nak lempang aje!!paling tidak nak jeling dia depan2 muka..serius aku tak suka.Mungkin masa tu aku tak dapat terima kenyataan lagi.bila di sebut2...rasa perasaan tu perit sangat.Aku tak boleh kalau orang tanya pasal ayah aku..

"ayah awk sihat?"..

i dont know how to react..tak tau camana nak ckp kt org tu yang ayah aku dh takde..rasa berat sangat nak ckp..it seems like...i dont wanna talk about that..n i dont want to think about that...it's killing me..aku rasa sedih...

Tapi bila di fikir-fikir balik..aku patut bersyukur.Aku kehilangan ayah..tapi aku masih ada semua orang.aku masih ada mak,adik2..tok nenek,pak cik makcik....sume ada lagi.bayangkan orang yang tidak ada sesiapa pun..mcm mana hidup mereka?Ya Allah...aku insaf dengan kekhilafan diri sendiri..

Kenapa aku nak emo malam2 ni...

Ntahlah..aku ni memang...muka takde perasaan je..

tapi kat dalam hati....hanya Allah yang tau...susah aku nak gambarkan..

Kepada sume yang masih ada ibu ayah...love them..

honestly..nobody in this world can replace their place...