cinta hati dinda

bleh berkenalan??

Wednesday 15 October 2014

HERO-WIRA TAK DIDENDANG


HERO-WIRA TAK DI DENDANG


Salam to all divas and jelita semua..


Akhirnya keluar jugak buah tangan ke 4 dari melur jelita!Memang tertunggu-tunggu karya dari kak melur.I got all her novels,dari  AWAK SUKA SAYA TAK(ASST),I LOVE YOU STUPID(ILUS),dan akhir sekali MY PRICIOUS IRIS (MPI).Jujue pasti semua divas terus berbaris di kaunter buku untuk grab novel ni.Memang penangan melur jelita betul-betul buat peminatnya angau,termasuklah diriku ini!Last month HERO di lancarkan di perpustakaan negara.Di lancarkan 9.9 kalau tak silap.Tapi,we all semua dah dkt 2 bulan dok bergebang  pasal hero dekat wall facebook kak melur.Manakan boleh sabar kalau selang dua tiga hari,ada sahaja bab baru yang di upload oleh kak melur di penulisan2u.semakin excited dan semakin tak sabar nak baca naskah gedabak besar dari beliau.Jujue pulak memang jenis golojoh sket,so awal2 lagi dah cop dgn kak zurina,untuk order online.Jadi awal bulan 9 lagi hero dah dalam dakapan jujue.suka sangat!!




Jangan terkejut pulak bila heronya di panggil deraman!!heroinnya pulak namanya Maryam!wow….mungkin agak kecewa bagi yang mengharapkan nama hero bermula dengan tengku,putra,rayyan,daniel atau nama-nama glamer seumpanya.haha..sket punya klasik.

Ceritanya berkisahkan kekeluargaan,berlatar belakangkan masyarakat Kelantan dan kedah.

Irvan atau deraman dilahirkan 5 bersaudara,dan dia anak yang tengah.dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh babah dan chik.manakala Maryam aka black swan aka tengku Maryam keumalahayani  pula merupakan sepupu mereka.si yatim gagap yang kehilangan ibu dari kecil.dunianya hanya bak dan ibu saudaranya yang di panggil bunda.Perawan yang di pingit rapi oleh 2 inang dan 5 panglima,itulah Maryam.hakhak..melankolik sangat ayat jujue.sabar jelah…sepasang sepupu yang sering di ingatkan hubungan mereka adalah seperti abang dan adik.Namun,bagi irvan pastinya tidak.Perasaannya terhadap Maryam lebih dari itu.

Pada awal cerita,memang agak mendatar..tapi masih mampu menarik minat aku untuk terus membaca.adegan usik mengusik antara deraman dan Maryam,black swan sombong yang menonggek pergi,lembu naik bukit,kesot hati..dan penggunaan bahasa kelantan tanpa sempadan betul2 buat jujue rasa nak tergolek jatuh katil..gaponamoghima???ada erti ke apa tu?nasib baik kak melur tak letak what da name of tiger…pening lah kepala divas pantai barat.simpati pada Maryam yang sering merendah diri disebabkan dirinya yang gagap, dan tidak mempunyai ibu.anak gadis yang pendiam dan hanya tahu mengikut apa yang telah di tetapkan bak dan bunda.

Paling menyayat hati bila keluarga irvan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.abang long,abang ngah,teh,usu,babah dan chik semuanya telah kembali kepad-Nya.Rumah yang selama ini ceria,gegak gempita akhirnya kosong.lalu irvan membawa diri keluar negara meninggalkan si gadis.Bab ni memang jujue mengaku,bengkak bengkil mata aku menangis.sampai tersedu-sedu.Goshhh…memang aku over.sedih okey!

Maryam pula dibawa pulang ke kedah oleh bak dan bunda.kembali keseorangan,kekosongan,dan kerinduan.Cinta yang tidak terluah,akhirnya menyebabkan maryam terlantar sakit,sehinggakan bunda telah memangil orang untuk memberinya air penawar,penghilang rindu.mengembalikan semangatnya!Maryam anak gadis yang bijak dan bercita-cita tinggi.Tapi baknya terlalu mengongkong,sehinggakan niat Mariam untuk melanjutkan pelajaran terhalang.Dunianya hanya di rumah!Alasannya tiada siapa akan menjaga jika Maryam terkena serangan asmanya.

Tahun berganti tahun akhirnya irvan pulang.Si gadis pula tidak lagi seperti dahulu,sudah mampu bergerak sendiri walau tak sebebas mana.walaupun tak berpelajaran tinggi,tapi tetap berilmu.Mengusahakan perusahaan bedak sejuk,dan ternakan lebahnya sendiri.Irvan daripada seorang pelajar zoologist,tetiba jadi hero pulak.siap sangka deraman yang nakal tiba-tiba menjadi komando polis,VAT 69.Kak melur memang terlalu cintakan dunia kepolisan.Bagaimana terperincinya tugas firman ebrahim sebagai polis traffic  dalam ILUS begitulah jugak tugas irvan dalam cerita HERO ni.Suddently I was in love with PDRM walaupun sudah 7 tahun jujue jatuh cinta dengan anggotanya.oppss!!hehe

Panjang sangat ceritanya..so klu korang kena beli sendiri..baca sendiri.then you know..mcm mana.tapi banyak lagi persoalan yang tak terjawab.harapnya ada lagi sambungan hero..

Bye2..

 

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment dear