cinta hati dinda

bleh berkenalan??

Saturday 10 March 2012

Bunga-bunga Syurga -> Slot Zehra

Dengar tajuk pun hati dah berbunga bunga....feeling2 romantik gitu...hehehe..actually,ni tajuk drama terbaru untuk slot Zehra kat tv3..

sebelum ni CJ ada tulis gak pasal cite slot Zehra...yang tajuk "Tahajud cinta".Ingat tak?alah............yang pasal orang tua gatal kawin ramai tu*erk!mulut......(cover sket ye)

So...kali ni,i wrote this entry coz of my beloved actor....one n only...JOHAN AS'ARI...........hehe=) *gedik giler wehhhh....kiranya as a support la..peminat kan..ape je cite dia blkon mesti nk tengok.drp juvana,cinta elysa,pelangi kasih..n now bunga2 syurga..ada lagi drama yang johan blakon,tapi tak ingat tajuk.......huhuhu

Tapi cite ni mcm best aje....tambah2 johan jadi budak baik..pakai kopiah gitu...comel giler!!!!!tapi dia hero okeh!*(memg aku gila byg btul la kat bdk ni..........=P)

pic.twitter.com/3guo9zsX

so cute rite???????

pic.twitter.com/Z1oUj21m


Okey jue...STOP!wit ur craziness..(btul ke eja gila mcm ni??lantakla..)so...korang bleh baca sinopsis cite ni kat bwh okehhh...nanti jgn lupa follow drama ni every week ok..n jgn lupa,vote for johan utk ABPBH!!harap sangat johan dpt anugerah pelakon lelaki baru paling popular!!



SINOPSIS


Bunga-Bunga Syurga, mengangkat kisah anak yatim yang pastinya menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya.


Kisah bermula dengan perjuangan seorang pemuda yang menyelamatkan tiga anak yatim piatu setelah dianiayai saudara mereka yang kejam. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12.


Mereka bakal mewarisi harta jutaan ringgit, namun bapa saudara mereka, Azmin dan isterinya, Baidah sanggup mengkhianati amanah tersebut apabila mengambil sebahagian daripada harta anak yatim ini.



Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak Baidah dan menyebabkannya lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka. Ini membuatkan Azmin mula insaf dan kembali ke jalan ALLAH SWT.



Kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia, memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq.


Kecewa dengan perbuatan ibunya, Aiman bertindak membawa anak yatim ini keluar dari rumah itu.


Atas bantuan Haji Halim (Datuk Eizlan Yusof), Aiman berjaya meneruskan misinya. Namun Haji Halim pula mahu bermenantukan Aiman untuk anak gadisnya, Shaffiyah (Wawa Zainal).


Apabila melihat gambar Shaffiyah. Aiman terkejut kerana gadis itu adalah Sofea, perempuan simpanan bapanya, Azmin.


Apakah yang berlaku?


Saksikan Bunga-Bunga Syurga, di slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam bermula 9 Mac ini.


Bunga-Bunga Syurga, bakal menemui penonton di slot Zehra bermula 9 Mac ini. Menampilkan Johan As’ari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim dan Datuk Eizlan Yusof, drama ini merupakan terbitan Suhan Movies yang terkenal dengan karya yang menyentuh jiwa.


Diarahkan Jet Lee atau nama sebenar M Nazir Juhan, serta skrip oleh Sharifah Abu Salem.

Rujukan: http://anizyn.blogspot.com n blog super mak



2 comments:

  1. tak taulah best ke tak man...baru episod first..intro je baru.so minggu ni tgok ah plk=)

    ReplyDelete

thanks for your comment dear